UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN RIWAYAT MELAKA TENGAH, MELAKA
FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN RIWAYAT MELAKA TENGAH, MELAKA
Selepas ini disebut Pertubuhan.
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
(1) Alamat tempat urusan pertubuhan ialah ..139, JALAN KUBU, 75300 MELAKA.
atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan
alamat untuk surat menyurat ialah ........SEPERTI DI ATAS.............
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Sila Rujuk Lampiran A dan Lampiran B.
FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT
a) Mengumpul dan mencatat sejarah dan riwayat hidup warga Melaka;
b) Menerbit hasil kerja;
c) Menjadi pusat sumber rujukan sejarah dan riwayat hidup warga Melaka.
d) Pertubuhan ini boleh menerima sumbangan berupa barangan atau kewangan daripada mana-
mana badan Kerajaan, swasta atau orang perseorangan untuk menjalankan aktiviti pertubuhan.
FASAL 5 KEAHLIAN
(1) Keahlian adalah ahli seumur hidup sahaja dan dibuka kepada Warga Malaysia yang
dilahirkan di Negeri Melaka dan bermastautin serta yang berumur 18 keatas. Bilangan ahli-
ahli juga dihadkan kepada 100 sahaja.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh
mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk yang ditetapkan diterima menjadi ahli
Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan
ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti
yang berkenaa
FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
Bayaran masuk RM 100 (Seratus Ringgit Malaysia Sahaja)
Dibayar secara sekaligus.
(2) Yuran khas daripada ahli-ahli boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan mesyuarat agung.
(3) Ahli yang membiarkan hutang yuran khas atau kutipan wangnya lebih daripada dua bulan
akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan
hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
(4) Ahli yang membiarkan hutangnya lebih daripada enam bulan dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan
yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan
bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara
yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga
hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau
membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 8 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang,
hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat
dan mencukupi korum untuk mesyuarat
(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin
setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa
dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun
yang lalu;
(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun akan datang; dan
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya7 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan
mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.
Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau
(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu
perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan
dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di
dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan
syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh
setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 9 JAWATANKUASA
(1) (a) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawaipegawai Pertubuhan
hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan:
Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundioleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am
yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak
terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi
keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.
Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih
dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa
pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat
tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli
jawatankuasa secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah
diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa Pusat.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua
mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,
maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk
menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar
menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1) Pengerusi, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani
semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang
dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat
dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku
daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad
pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.
Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan
Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendafta Pertubuhan
sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.
(4) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(5) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang
diarahkan olehnya.
FASAL 11 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini
boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan,
termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai
dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu
tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
Mahkamah.
(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu
hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah
ditandatangan bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi
Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara
mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang
Pertubuhan.
(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa,
dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih
dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja)
bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha atau Bendahari.
(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kirakira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di
bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.
Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir
pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA
(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan
sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh
dilantik semula.
(2) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan
membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi
mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
FASAL 13 HARTA TAK ALIH
(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan, dan segala
suratcara perlaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah
ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuanpunya berdaftar dengan syarat suratcara itu
disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan Persatuan pada masa itu, iaitu Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari yang mana perlantikan mereka disahkan melalui Sijil Perakuan yang
dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan meterikan dengan meteri persatuan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, ditarikbalik atau ditukarkan milik dengan tidak
ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung.
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-
perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.
(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika
tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis.
FASAL 16 LARANGAN
(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan:
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji
Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah,
semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung
semata-mata kepada nasib;
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan
kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;
(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak,
atas nama Pertubuhan atau pegawaipegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan
daripada pihak berkuasa berkenaan;
(4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang
dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang
dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan
baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
mesyuarat agung berkenaan.
(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.